Teknik Penyatuan Tunai Semasa Krisis Covid-19

Berikut merupakan panduan dan langkah untuk mengurus kewangan ketika krisis COVID-19 khusus kepada individu yang pendapatannya terjejas.

 

Objektif : “ SURVIVAL MODE
Cara : Menambah aliran tunai ketika tiada sumber pendapatan
Jangkamasa : 3-6 bulan, max 12 bulan

 

Langkah Pertama: Semak

1) Aset Cair
1. Tunai dalam tangan
2. Akaun simpanan / Semasa ( Jumlahkan semua )
3. ASB / ASN/ AHB
4. Tabung Haji

 

2) Aset Pelaburan Cair
1. Deposit Tetap (FD)
2. Unit Amanah
3. Saham
4. Emas
5. Nilai tunai takaful (berkaitan pelaburan)

 

3) Perbelanjaan Semasa Boleh Ubah 
Berikut merupakan senarai perbelanjaan yang perlu disemak semula :

*Perbelanjaan Peribadi
*Perbelanjaan Keluarga
*Perbelanjaan Kenderaan

 

 

4) Perbelanjaan Tetap
*Semak semua jumlah pembayaran pinjaman (hutang)
*Sewa Rumah jika tiada pinjaman

 

5) Kelayakan Bantuan Kerajaan
*Bujang : RM 500-RM800
*Keluarga : RM 1000-1600
*Pelajar : RM200
*Pesara : RM500
*Bantuan Sara Hidup
*E-Hailing : RM600

 

Langkah Kedua: Laksana

1) Claim semua insentif kerajaan yang anda layak seperti (E)

 

2) Kurangkan perbelanjaan boleh ubah (C)

Buat bajet yang ketat. Yakin boleh anda mampu lakukan. *Bezakan keperluan dan kemahuan. Peningkatan aliran tunai : 20%-30%

 

3) Kurangkan Perbelanjaan Tetap ( Peningkatan aliran tunai tambahan 30%-50% )

a) Pembayaran balik pinjaman (Moratorium)

b) Kad Kredit ( bukan langkah bijak, hanya buat jika terpaksa )
– Bayar Minimum @
– Tukar kepada pinjaman bertempoh

pinjaman

c) Caruman insurans / takaful
– Penangguhan : 3 bulan ( perlu mohon )
– Keluarkan “Cash value” jika pelan berkaitan pelaburan

 

Jika masih tidak cukup, boleh keluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 KWSP

 

4) Cairkan Aset
– Cairkan simpanan kecemasan ( A )
– Diikuti asset pelaburan cair ( B )

 

5) Cari pendapatan tambahan
Ikhtiar mencari pendapatan tambahan sementara mengambil langkah 1&2

 

Seandainya masih gagal mendapat pekerjaan dan tempoh moratorium sudah habis, anda boleh pergi ke pejabat AKPK untuk meminta bantuan mereka secara percuma untuk penstrukturan semula pinjaman.

 

Pilih untuk ‘URUS’
Jangan biarkan diri anda diisytihar Muflis!

 

Nota :
Tips di atas hanya untuk mengawal aliran tunai jangka masa pendek UNTUK SURVIVAL, bukan teknik lupus hutang dengan mengambil kira faktor kehilangan pendapatan.

Lakukan pengurusan hutang selepas keadaan kembali reda. Dapatkan nasihat professional untuk nasihat yang lebih tepat & menyeluruh.

 

Inaz Hashim
MB BCh BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Perancang Kewangan Bertauliah
Berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti & Bank Negara Malaysia
www.inazhashim.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *