Simpanan Kecemasan, Nak Letak Di Mana?

Baiklah, disebabkan ramai orang dah tahu kan tentang PENTINGNYA SIMPANAN KECEMASAN ini. Perkara ini adalah perkara asas, tapi perkara asas ini lah yang paling penting untuk kita buat dahulu.

 

Kena kuatkan dahulu akar pokok agar angin tiup kencang macam mana pun inshaAllah akan bertahan. Saya tahu ramai yang akan bina Dana Kecemasan dengan adanya moratorium.

 

Tahniah!!

PERINGATAN!!

 

Jangan langsaikan hutang sampai habis.
Jangan melabur membabi buta.
Jangan dengar cakap orang yang popular hatta selebriti sekalipun jika orang itu bukan ahli dalam ilmu itu.

 

Selagi mana TAK CUKUP Dana kecemasan.

 

Kembali semula ke topik asal. Di mana nak letak dana kecemasan?

 

Saya nasihatkan untuk letak dalam beberapa jenis akaun bagi mengawal psikologi kewangan anda.

 

1. Akaun Simpanan

Letak sikit sahaja. sebulan belanja sudah mencukupi. Nanti kalau banyak-banyak rambang mata pula dan kita akan rasa kita banyak duit dalam akaun, maka terbuka lah lazada,shopee, dan beli apa yang tidak perlu. Tolong sedar diri!!

Letak dalam akaun yang paling jarang dibuka. Kemudian, lupakan. Anggap sahaja tidak wujud. Tidak kisah bank apa pun, yang muslim pastikan bank islamik supaya tiada riba ye.

 

2. ASB

Letak lebih banyak daripada amaun di akaun simpanan. Kalau nak letak di Tabung Haji juga begitu. Pecah kepada dua.

 

3. Tabung Haji

Kenapa? kata kecemasan. Kena pergi bank tu baru boleh keluarkan. Sebab, kalau betul-betul cemas, ( kadang-kadang tak cemas mana pun kan ) kita mesti boleh untuk tangguhkan dahulu kehendak, delay gratification.

 

Delay gratification adalah salah satu cara untuk kawal nafsu. Susah nak buat, tapi sangat bagus jika boleh buat.

 

Ingat, bukan simpan dana kecemasan dengan melabur dalam unit amanah, bukan ambil takaful dan bukan juga akaun CDS ye.

 

Inaz Hashim
MB BCh BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Perancang Kewangan Bertauliah
Berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti & Bank Negara Malaysia
www.inazhashim.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *