Portfolio

Saya nak terangkan apa itu portfolio Pelaburan.

Saya gunakan analogi Sepinggan makanan sihat.

Makanan sihat, tidak ada dalam satu kelas makanan sahaja.

Ia merupakan kombinasi pelbagai kelas makanan yang digabungkan untuk mendapatkan portfolio Pemakanan yang sihat.

Kelas makanan yang ada :

  1. Karbohidrat ( Nasi /Mi / Bijirin )
  2. Protein ( Ayam / Ikan / Daging )
  3. Vitamin ( Sayur-Sayuran )
  4. Vitamin ( Buah-buahan )

Bahagian yang disyorkan juga adalah berbeza mengikut sumber nutrien yang diperlukan badan.

  1. Karbohidrat ( Suku @ 25% )
  2. Protein ( Suku @25% )
  3. Vitamin ( 50% )

Dengan makan sepinggan lengkap, kita telah memberikan tubuh badan kita keperluan yang cukup untuk membantu kita sihat.

Begitu juga dengan Portfolio Pelaburan.

Pelaburan yang baik / sihat, merangkumi pelbagai jenis aset kelas pelaburan.

Aset Kelas Asas yang ada :

  1. Tunai ( Akaun Simpanan, ASB, Tabung Haji, etc )
  2. Fixed Income ( Bond / Sukuk / Fixed Deposit )
  3. Hartanah ( Rumah, Kedai, REIT )
  4. Equity ( Saham, Unit Trust )
  5. Komoditi ( Emas, Perak )

Contoh pembahagian  :

  1. 1. Tunai ( 5 % )
  2. Fixed Income ( 10 % )
  3. Hartanah ( 20 % )
  4. Equity ( 60 % )
  5. Komoditi ( Emas, Perak ) ( 5% )

Ini merupakan portfolio pelaburan untuk individu dengan Profil Risiko Tinggi yang Masih Muda.

Bagaimanapun, portfolio ini berbeza mengikut Kadar Risiko setiap Individu.

 

Sebagai Contoh :

  1. Indoividu yang berprofil Risiko Rendah hanya mempunyai 15% di dalam equity berbanding 60% dengan individu berprofil risiko Tinggi.

Profil pelaburan juga, penting untuk menyeimbangkan antara Profil Risiko dan Tahap Pulangan.

Jangan Lupa rule of Thumb : High Risk, High Return, Low Risk, Low return.

Portfolio Pelaburan juga, boleh dikecilkan lagi dengan mempelbagaikan SUMBER ASET KELAS TERSEBUT.

 

Sebagai contoh : 

  1. Sumber Karbohidrat  : Nasi / Roti / Kentang
  2. Sumber Protein : Daging / Ayam / Ikan
  3. Sumber Vitamin : Pelbagai Jenis Sayuran & Buah-buahan

Setiap sumber makanan di atas, mempunyai RASA dan KHASIAT TAMBAHAN yang Berbeza walau dalam aset kelas yang sama.

Contoh yang saya maksudkan :

  1. Equity 
  2. Saham di Malaysia
  3. Saham di China
  4. Saham di Amerika Syarikat

Ketiga-tiga sub kelas tersebut mempunyai risiko & pulangan yang berbeza.

Jadi, adalah bagus jika kita boleh seimbangkan komposisi pelaburan ekuiti ( saham ) kita mengikut kawasan pula.

Begitulah cerita tentang Portfolio Pelaburan.

Saya harap lepas ini semya orang boleh faham jika saya sebut tentang PORTFOLIO PELABURAN.

“ Don’t put all eggs in one basket “

 

Inaz Hashim
MB BCh BAO, FAR,FPR,SRFP

#inazhashim
#licensedfinancialplanner
#financialphysician
#perubatandankewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *