Pelaburan Patuh Shariah : Apa, Kenapa & Mengapa?

Pelaburan Patuh Shariah tidak membuatkan anda menjadi seorang Muslim dan bukan hanya untuk Muslim.

Tetapi jika anda beragama Islam, anda WAJIB melabur dengan instrument yang patuh shariah.

APA ITU PELABURAN PATUH SHARIAH ?

Pelaburan patuh Shariah tertakluk kepada Prinsip Kewangan Islam.

Ia mestilah bebas Riba’, Tiada Unsur Judi & Ketidaktentuan ( Gharar )  & Perlu Menjaga kepentingan Awam. ( Maslahah )

Ia juga menerapkan Socially Responsible Investing ( SRI ) yang lebih digemari Para Pelabur yang tidak mahu terlibat dalam industry yang berbahaya & Tidak beretika – Refer Gambar 

 

APA PERBEZAAN DENGAN PELABURAN KONVENSIONAL ?

  1. Pelaburan Konvensional biasa ( tidak patuh shariah ) boleh melabur dalam mana-mana industry.

    Termasuk Industri yang tidak beretika & melibatkan Arak, Senjata, Perjudian & Hiburan Dewasa yang tidak dibenarkan dalam Islam.

  2. Pelaburan Patuh Shariah melarang Riba’ ( Interest) , Uncertainty & Excessive Risk.

    Jadi, ini bermakna transaksi yang melibatkan Short Selling, Speculative Trading, Insurans Konvensional dan Banking Stocks adalah dilarang.

  3. Pelaburan Patuh Shariah menetapkan beberapa indicator. Cth : saham patuh shariah mestilah tidak mempunyai lebih 33% dalam instrument hutang berbanding jumlah total set keseluruhannya kerana islam menghalang hutang berlebihan kerana ia mampu membawa kemudaratan.

APA KELEBIHAN PELABURAN PATUH SHARIAH NI ?

  1. Tidak melabur dalam industri yang ada Riba’
    ( Tiada saham kebanyakan insititusi kewangan / perbankan )
  2. Tidak melabur dalam pelaburan yang mempunyai Risiko yang Berlebihan ( Excessive Risk )
    ( ini menjadikan risiko pelaburan lebih rendah )
  3. Tidak melibatkan pelaburan yang tidak pasti/ tiada ketentuan ( Uncertainty )

  4. Lebih Stabil ketika kemelesetan Ekonomi (source: https://www.theedgemarkets.com/article/islamic-investments-more-stable-choice-uncertain-times.

  5. Prestasi pelaburan yang lebih baik dalam ketidaktentuan pasaran global (source: https://www.theedgemarkets.com/article/islamic-investments-more-stable-choice-uncertain-times)

  6. Kadar prestasi yang lebih kurang sama dengan pelaburan konvensional

 

BAGAIMANA PELABURAN PATUH SHARIAH BOLEH MEMBERIKAN PRESTASI YANG BAIK KETIKA KETIDAKSTABILAN EKONOMI ?

  1. Prinsip Pelaburan shariah tidak membenarkan pelaburan ke dalam sektor perbankan yang tidak menentu dan sangat terkesan dengan Ekonomi.

    Cth :Penurunan OPR & Insentif Moratorium yang menyebabkan kadar keuntungan bank menurun & harga saham jatuh sehingga 21% tahun ini.

    (sumber: https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/listing_directory/indices-profile?stock_code=0010I).

  2. Pelaburan patuh shariah tidak membenarkan pelaburan ke dalam industri yang mempunyai risiko yang terlampau tinggi , lantas membuatkan ia lebih Stabil.

Kesimpulannya,

Pelaburan patuh shariah merupakan pilihan yang baik kerana memberikan  lebih kestabilan & pulangan ketika ketidaktentuan ekonomi dalam jangkamasa pendek,  menekankan factor Socially Responsible Investing disamping memberikan prestasi yang baik dalam jangkamasa panjang.

 

Inaz Hashim
MB BCH BAO, FAR, FPR, CMSRL, ShRFP
Perancang kewangan Berlesen & Bertauliah
www.inazhashim.com 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *