OPR & Jenis-jenis Pinjaman

OPR turun lagi ke paras yang paling rendah dalam sejarah iatu 1.75 bersamaan kadar terakhir tahun 2004.

Saya tak nak cerita tentang apa effect OPR sebab kebanyakan orang dah faham dan dah banyak tulis dalam posting-posting sebelum ini.

 

Kali ini, saya nak FOCUS kepada berkongsi tentang Jenis Pinjaman & Apa yang anda Perlu tahu.

Berikut merupakan 3 jenis pinjaman yang terdapat dalam Pasaran 

  1. Kadar Sama Rata ( Flat Rate )
  2. Kadar Tetap ( Fixed Rate )
  3. Kadar Terapung ( Floating Rate )

 

Sebelum itu, mari AMBIL TAHU apa itu FAEDAH / KEUNTUNGAN

Faedah = Caj yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam

*Merupakan ukuran RISIKO yang ambil oleh pemberi pinjaman ( Bank )

Jadi, semakin tinggi risiko, makin tinggi kadar faedah yang diekanakan.

 

Ha, di sinilah penjelasannya, kenapa kadar faedah setiap orang ada perbezaanya.

CCRIS/ CTOS report anda sangat mempengaruhi factor ini.

Secara general, Semakin tinggi Score anda. Kebarangkalian untuk mendapat kadar pinjaman yang lebih rendah adalah tinggi.

 

KADAR SAMA RATA ( FLAT RATE )

  • Faedah dikira berdasarkan JUMLAH ASAL nilai pinjaman 
  • Dikenakan berdasarkan  tempoh pinjaman yang dipersetujui

 

KADAR TETAP ( FIXED RATE )

  • Faedah dikira berdasarkan BAKI PINJAMAN SEMASA
  • Kadar faedah yang TIDAK BERUBAH sepanjang tempoh pinjaman
  • Peminjam tahu dengan TEPAT jumlah ansuran bulanan sepanjang tempoh pinjaman

 

KADAR TERAPUNG ( FLOATING RATE )

  • Faedah dikira berdasarkan BAKI PINJAMAN SEMASA ( sama seperti fixed rate ) 
  • Kadar Faedah berdasarkan pada INDEKS / KADAR ASAS ( BLR/BFR/BR ) – dikawal oleh BANK @ keadaan pasaran ( OPR )
  • Kadar BOLEH BERUBAH-UBAH sepanjang tempoh pinjaman

Jumlah Faedah = Kadar Sama Rata > Kadar tetap / Kadar Terapung

*Kenapa ? Dihitung berdasarkan JUMLAH ASAL PINJAMAN bukan JUMLAH BAKI PINJAMAN

 

KADAR INDEKS / KADAR RUJUKAN 

Pernah tengok tanda ( + @ – ) dalam perjanjian pinjaman anda ?

Komponen (+ ATAU -) dan ‘x%’ menentukan bagaimana murah / mahal pinjaman itu. 

Apabila membandingkan antara pinjaman yang berbeza,

Kita perlu lihat 2 komponen yang penting ini.

Kadar Rujukan biasanya sama di antara bank-bank yang berbeza. 

Sebagai contoh:

  • Bank A – BLR (6.6%) – 2.1%
  • Bank B – BLR (6.6%) – 2.3%

Bedasarkan contoh di atas, Bank B mempunyai pakej pinjaman yang lebih murah. 

Dan kadar faedah aktif pada masa pengiraan untuk Bank B menjadi 4.3% berbanding 4.5% untuk Bank A

Semoga bermanfaat !

 

#inazhashim
#licensedfinancialplanner
#OPRturunlagi
#jenijenispinjaman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *