KEPENTINGAN MENGURUS WANG DI KWSP
Ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan EPF. Terutama golongan yang bekerja sendiri.
EPF merupakan satu pelaburan hari tua juga salah satu instrument yang SEPATUTNYA MUDAH CAIR kepada ahli keluarga jika berlaku kematian.
Jika kerajaan tidak wajibkan EPF dicarum oleh pekerja & majikan, saya pasti ramai yang akan bersara Papa Kedana kerana “Sibuk Enjoy waktu Muda”
Setahun lepas, saya pernah menulis tentang bagaimana Skim KWSP mampu memberi pulangan minimum guaranteed return 15% yang diberi oleh kerajaan yang kemudian di copy paste oleh seorang admin influencer tanpa credit kepada saya ( Jangan Tanya siapa )
Ini adalah link tersebut : https://www.facebook.com/nursyahinaz.hashim/posts/10157077296689093
KENAPA SETIAP ORANG PERLU ADA EPF ?
- LOW RISK, HIGH RETURN.
Duit anda tiada risiko susut nilai, tetapi ada potensi Dividen dalam 5% setahun. - PENGECUALIAN CUKAI
Maksimum RM4,000 setiap tahun - CARUMAN TAMBAHAN MAJIKAN BAGI PEKERJA
Setiap bulan, majikan anda wajib mencarum minima 12% sebulan untuk anda.
Ditambah pula pulangan tahunan purata 5% setahun. Untung giler kot!! - DIJAMIN UNTUNG 15%
Bagi yang bekerja sendiri, dengan caruman serendah RM140 sebulan anda gerenti dapat return 15% dari kerajaan melalui insentif Skim i-SARAAN
Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/nursyahinaz.hashim/posts/10157077296689093
APA ANDA PERLU URUSKAN ?
1.JENIS SIMPANAN
Bagi yang Muslim, WAJIB tukar kepada Akaun Shariah supaya duit anda bebas Riba’ & tidak perlu “dibersihkan” kemudian. Rujuk gambar tentang perbezaan “Shariah vs Konvensional”
2. PENAMAAN
Letak SATU SAHAJA Penama yang berumur 18 tahun ke atas ( bukan anak bawah umur ) supaya duit tersebut CAIR & MUDAH DITUNTUT oleh waris anda kelak. AMBIL TAHU CARA PEMBAHAGIAN SEBENAR seperti di bawah :
- Bukan Islam : Penama merupakan PENERIMA Wang
- Orang Islam : Penama sebagai PENTADBIR Wang sahaja iaitu hanya boleh menuntut wang dari EPF tetapi pembahagian WAJIB dibuat mengikut bahagian FARAID, tak boleh dihibahkan
3. PENGELUARAN : JANGAN BUAT JIKA TIDAK PERLU
Pengeluaran untuk :
- Membina/ membeli rumah
- Bayar instalment rumah
- Bayar yuran Pengajian
- Pergi Haji
- Skim i-Lestari
Kenapa ? Kerana ia akan mengganggu DANA PERSARAAN anda nanti. Jadikan ini PILIHAN TERAKHIR jika memang tiada pilihan lain.
4. PELABURAN
Boleh buat terus melalui i-akaun TANPA melalui agen dan TIADA SALES CHARGE. Jimat !
Walaubagaimanapun, hanya digalakkan untuk mereka yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan sahaja.
ADALAH PERLU UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL dari mereka yang bergelar LICENSED FINANCIAL PLANNER jika anda Tiada Pengetahuan bagi mendapatkan info tanpa Bias.
Pilihan Pelaburan yang ada :
- Dana Unit Trust ( dari pelbagai institusi dengan risiko yang berbeza-beza )
- Private Mandate yang diuruskan oleh Professional Fund Manager
- Saham ( Dividen, Bluechip, Growth Stocks )
- Unit Trust Portfolio
Jika anda berminat melabur melalui Private Mandate menggunakan khidmat nasihat Licensed Financial Planner, sila hubungi PA saya di 011-2750 9094 untuk temujanji.