Hibah Ke Hiba? Perkara Yang Anda Kena Tahu Sebelum Kena Tipu!

Terlalu banyak salah faham tentang hibah dalam masyarakat kita.

Saya cuba jelaskan secara ringkas mungkin tentang instrument kewangan yang bernama HIBAH ini.

 

HIBAH

  • *Definisi : Pemberian harta secara percuma yang berlaku semasa hidup pemberi hibah
  • *Perlaksanaan : 
    • DOKUMEN dibuat semasa hidup
    • PEMBERIAN HARTA dilakukan semasa HIDUP @ SELEPAS MATI bergantung kepada jenis hibah.
  • *Jenis : Ada 2 , Hibah Mutlak & Hibah Bersyarat

1.HIBAH MUTLAK

  • Pemberian berkuat kuasa SERTA MERTA. 
  • Diberikan TANPA SYARAT
  • Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. 
  • Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.

 

2. HIBAH BERSYARAT

  • Merupakan kontrak hibah yang mana pemberi hibah  meletakkan sesuatu SYARAT SAMPINGAN bersama-sama akad hibah bagi melaksanakan pemberiannya.
  • Ada 2 jenis pula : 
    • Hibah Ruqba 
    • Hubah Umra

( Saya tak mahu ceritakan tentang terperinci tentang ini sebab hanya mahu menjelaskan salah faham, bukan mengajar kelas hibah )

 

3. HIBAH AMANAH

  • Hibah Amanah ialah gabungan konsep Hibah dan amanah.
  • Pemberi hibah akan melantik Pemegang Amanah kepada harta tersebut.
  • Dalam konteks ini, selalunya pemberi hibah akan melantik dirinya sendiri sebagai pemegang amanah supaya mempunyai kawalan penuh terhadap harta tersebut & menerima manfaat harta itu selagi hidup. 
  • Harta tersebut HANYA akan berpindah kepada penerima hibah apabila berlakunya sesuatu situasi yang dinyatakan dalam dokumen ( kematian )

 

INSTRUMEN KEWANGAN POPULAR BERKAITAN HIBAH

 

1.HIBAH AMANAH TABUNG HAJI

  • Hibah Amanah TH bersifat HIBAH MUTLAK
  • Jika penerima hibah meninggal dunia, ia merupakan pusaka penerima hibah
    ( Kena FAHAM konsep ini betul-betul )

    *Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun Tabung Haji kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Akaun tabung haji tersebut akan dikira sebagai harta pusaka Kiah dan perlu difaraidkan. Ia bukan lagi milik Ahmad.

2. HIBAH AMANAH ASB

  • Hibah Amanah ASNB mengguna pakai konsep HIBAH BERSYARAT
  • Jika penerima hibah meninggal dunia dahulu, harta tersebut ( ASB ) berpatah balik kepada pemberi hibah iaitu pemilik akaun.

    *Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun ASB kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Hibah tersebut akan terbatal dan kembali semula pemilik asalnya iaitu Ahmad.

3. HIBAH TAKAFUL

  • Menggunakan instrument TAKAFUL sebagai alat untuk memberi hibah. Bermakna, perlu mencarum takaful
  • Merupakan JENIS HIBAH BERSYARAT, iaitu penerima hibah akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful meninggal dunia.
  • Jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh matang, nilai tunai ( jika ada ) tersebut akan menjadi milik peserta dan bukannya penerima hibah tersebut.

    *Contoh : Ali menyumbang RM 300 sebulan melalui produk Hibah Takaful dan menamakan isterinya Minah sebagai penerima hibah. Apabila Ali meninggal setahun kemudian, isterinya menerima RM 300,000 daripada Syarikat Takaful.

 

TRICKS :

  1. Hibah Takaful berbeza dengan Dokumen Hibah ( penerangan dalam gambar )
    Hibah Takaful memerlukan pemberi hibah mencarum takaful, bermaksud ada komitmen pembayaran setiap bulan dalam tempoh tertentu. Manakala dokumen hibah pula hanya mengenakan bayaran “One-off” sebagai yuran dokumen hibah tersebut.

  2. BUKAN SEMUA orang perlu membuat hibah.

TIPS

  1. Pastikan dalam polisi takaful anda, TICK bahagian “HIBAH BERSYARAT” bukan Wasi ( jika tidak, duit pampasan dari polisi tersebut akan di FARAID kan )

    *Kesilapan ini terlalu banyak saya jumpa apabila review polisi klien-klien saya. Jadi, sila SEMAK polisi anda sekarang. Ada yang lagi teruk, penamaan tidak dibuat langsung.

NOTA TAMBAHAN

  1. Hibah bukan menafikan Faraid tetapi lebih merupakan instrument untuk mengimbangi pembahagian harta.
  2. Apabila hibah harta telah dibuat, ia bukan lagi merupakan sebahagian daripada harta pusaka dan terkeluar daripada Faraid.

Saya harap selepas ini ramai yang akan lebih jelas tentang perbezaan instrumen hibah ini dan jika anda perlu khidmat nasihat tanpa berat sebelah boleh engage saya secara profesional sebagai perancang kewangan anda.

 

By : Inaz Hashim Hibah Takaful Hibah Amanah
Bayaran Berkala Sekali sahaja
Jenis Hibah Bersyarat Hibah Mutlak

Hibah Bersyarat

Gabungan  Takaful + Hibah Amanah + Hibah
Institusi Syarikat Takaful ASB

Tabung Haji

Syarikat Amanah

Peguam

Wakil Bank

Agen Takaful

Penasihat Kewangan

Perancang Kewangan

ASB / Tabung Haji

Agen Harta Pusaka

DISCLAIMER : Penerangan hibah sebenarnya lebih kompleks daripada di atas, tetapi saya hanya ringkaskan untuk tujuan kefahaman mudah masyarakat. Dijemput untuk berkongsi ilmu bersama-sama.

Penerangan lanjut boleh layari website TH &ASNB

Hibah Amanah TH :
https://www.tabunghaji.gov.my/…/perkhidmatan/hibah-amanah-th

Hibah Amanah ASNB :
https://www.asnb.com.my/…/instrumenperwaris…/hibahamanah.pdf

 

Inaz Hashim
Security Comission Licensed Financial Planner
BNM Approved Financial Adviser
A member of Malaysia Financial Planning Council
www.inazhashim.com

#inazhashim
#financialadviser
#financialplanner
#hibah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *