Cara Untuk Membina Profile Kewangan Supaya Seksi Di Mata Bank

Baru baru ini,

Saya Bertemu seorang kewangan yang memerlukan Penstrukturan semula kewangan

 

Banyak tips & cara saya berikan untuk membina semula profile kewangan yang baik

Supaya mereka boleh membuat pembiayaan membeli rumah pertama tahun depan. Banyak rumah yang bakal dilelong & dijual di bawah harga pasaran. Rugi tak beli kalau ada duit.

 

Saya ingin kongsikan beberapa cara membina & memperbaiki Profil Kewangan yang cantik.

 

A. PASTIKAN ANDA MAMPU

Sebelum membuat apa jua pinjaman, pastikan anda MAMPU dahulu.
LAYAK tidak semestinya MAMPU. 

Pastikan anda mampu membayar hutang setiap bulan dan mempunyai nisbah Hutang yang Pendapatan yang sihat. 

Jika bank, mereka akan lihat DSR ( Debt to Service ratio anda ) nisbah ini berbeza mengikut tangga gaji anda.

 

B. URUS HUTANG

  1. Semak rekod pembayaran dalam CCRIS
    Pastikan tiada tunggakan hutang dengan bank. Jika ada, selesaikan segera.
    Kalau hutang sedia ada tak mampu urus, jangan buat Hutang Baru !
  2. Semak hutang dalam CTOS
    Boleh beli report online. RM25. tak pasti ada free lagi ke tak.

    Semak berapa CTOS Score anda. Lebih tinggi scoring, lebih tinggi peluang mendapatkan pembiayaan bank. Jika tak bagus, lakukan langkah ini :

    • Settle hutang jika ada tunggaka
    • Bayar hutang ON TIME. Lagi baik jika bayar sebelum due date.
    • Score bergantung juga kepada hutang selain bank. Cth : Digi, Maxis, etc
  1. PTPTN
    Jika ada tunggakan, bincang semula penstruktturan dengan PTPTN tentang jadual pembayaran semula.
  2. Kredit Kad
    Cuba langsaikan  hutang yang tertunggak dahulu. Jangan guna sehingga limit maksima. Gunakan 50% dan kebawah sahaja.
  3. Ar-Rahnu / Pajak Gadai.
    Ramai masih tak tahu yang hutang ini akan keluar dalam penyata CCRIS & CTOS. Jadi, ia juga akan dikira sebagai komitmen sedia ada. Selesaikan dahulu.

 

C. SEDIAKAN DOKUMEN PENYATA PENDAPATAN & PELABURAN

 

  1. ASB Loan
    Anda boleh jadikan penyata dividen ASB sebagai dokumen sokongan jika penjaman telah melebihi setahun.

    Jika tiada ASB loan, jangan gatal nak buat pinjaman baru 3-6 bulan sebelum membeli rumah kerana ia akan dikira sebagai komitmen baru dan loan akan di reject oleh bank

  2. Rumah Sewa
    Jika anda ada rumah yang disewakan, pastikan ada perjanjian penyewaan, di “STAMPING” dan dimasukkan ke dalam bank akaun anda sebagai rekod yang sah. Jangan terima cash
  3. PENYATA SIMPANAN & PELABURAN
    Ini termasuklah penyata duit di akaun simpanan, Akaun cash di ASB, Tabung Haji, Unit Trusts, dll. Berbeza mengikut bank.
  4. PENYATA KOMISYEN / SIDE INCOME
    Jika anda anda ada buat part time, boleh sertakan sekali untuk tambah kelayakan. Selalunya bank akan ambil kira 50-80% dari pendapatan berasaakn komisyen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *