Sebelum Anda mengambil apa jua pinjaman,
Pastikan anda Tanya diri anda soalan-soalan seperti berikut.
Jawab dengan JUJUR & JANGAN TIPU diri anda kerana INGIN BERGAYA.
- Adakah produk @ perkhidmatan yang anda inginkan itu PENTING ?
- Adakah ia benar-benar PERLU ?
- Sekiranya anda beRASAkan ia PENTING & PERLU, MAMPUkah anda membuat bayaran ansuran tersebut ?
- Jika ia melibatkan pembelian besar seperti kereta @ rumah, mampukah anda menyediakan WANG PENDAHULUAN yang besar ?
- Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda MENANGGUHKAN dahulu kerana ia mungkin penting tetapi TIDAKLAH BERAPA PENTING ?
- Sudahkah anda mengkaji adakah ALIRAN TUNAI anda dapat menampung bayaran pinjaman tersebut @ tidak? Cth : adakah ada ada lebihan RM1000 jika bayaran bulanan tersebut RM500 ?
- Adakah anda sudah AMBIL TAHU tentang kos-kos pinjaman yang terlibat ? Bukan sahaja kos faedah, malah CAJ-CAJ KEWANGAN & CAJ LEWAT BAYAR perlu diambil kira.
- Sudahkah anda memahami AKIBAT KEGAGALAN MEMBAYAR BALIK pinjaman tersebut ? Cth : Tindakan undang-undang yang bakal diambil & kemungkinan diisytiharkan MUFLIS
- Adakah anda sanggup berkorban untuk BEKERJA lebih masa @ mengurangkan keselesaan anda SEMATA-MATA ingin membuat PINJAMAN BARU ini ?
Semoga bermanfaat
#inazhashim
#licensedfinancialplanner
#janganterjeratdenganbanyakhutang