Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas?

Beberapa minggu sudah berpusu-pusu orang pergi ke Pajak Gadai setelah hari pertama ia dibuka selepas beberapa bulan kerana PKP.

Kepada yang muslim, saya sarankan janganlah anda menggunakan kemudahan pajak gadai ini kerana ianya ada unsur riba. Sebaliknya, gunakanlah kemudahan Ar-Rahnu.

Ada pelbagai bank & koperasi yang menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu, jadi tiada alasan untuk tidak menggunakan kemudahan yang shariah-compliance walaupun masih ada beberapa isu yang masih didebatkan.

Adakah untuk disimpan, dipakai atau merupakan aset pelaburan ?

Pelaburan emas yang biasa diketahui adalah:

1. Jongkong Emas
2. Barang Kemas
3. Akaun Emas ( tidak semua patuh shariah. Sila semak dengan bank anda )

Sebelum anda memulakan sesuatu pelaburan berkaitan emas, faktor yang perlu diambil kira ialah :

 

1. Tahap kecairan

Emas mempunyai tahap kecairan yang tinggi selepas akaun simpanan kerana mudah dijual atau dipajak.

 

2. Risiko

– Emas fizikal seperti barang kemas & jongkong mudah hilang & mudah dicuri.
– Susut nilai yang tinggi ( 10- 35% ) jika ingin dijual semula.

 

3. Pulangan Pelaburan

– Emas mempunyai “ intrinsic value” yang sangat tinggi dan merupakan “ hedging against inflation “
– Dalam jangka masa panjang, ya ia ada pulangan pelaburan yang terbukti mampu melangkaui inflasi.

 

4. Kadar Zakat

– Zakat emas simpanan & zakat emas yang dipakai kiraannya adalah berbeza ya.
( Boleh rujuk kepada pusat zakat negeri anda )

Jika anda mahukan alternatif lain kepada pelaburan emas, anda boleh memilih :
1. Gold – ETF
2. Unit Trust – Gold

 

Kedua-dua instrumen ini adalah pelaburan emas yang patuh shariah.

Alternatif pelaburan ini bersifat sangat cair dan mempunyai potensi pulangan yang agak baik terutamanya ketika situasi ketidaktentuan ekonomi.

 

GOLD ETF : Pendek cerita, ia merupakan unit trust yang didagangkan di Bursa-i. Anda perlu membuka CDS akaun untuk membeli ETF ini.

Boleh refer di sini jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang GOLD-ETF di bursa-i :
https://www.bursamalaysia.com/…/shariah_compliant_exchange_…

Unit Trust berasaskan emas boleh dibeli melalui platform online dan agen unit trust.

 

NOTA :
Tetapi, anda sekali lagi tidak perlu “melabur” duit yang banyak ke dalam instrumen ini, hanya gunakan untuk “Diversify” sikit ke dalam portfolio pelaburan anda sekiranya anda sudah memahami risiko & pulangannya.

Dalam perancangan pelaburan pelanggan saya, secara peribadinya tidak akan letak lebih 5% dalam alokasi aset kepada pelaburan emas.

Tapi kalau tidak ada pun tidak mengapa, CUMA JANGAN TERLALU BANYAK PEMBERATNYA.

 

Saya secara peribadi tidak beranggapan emas sebagai satu alat pelaburan. Kerana emas lebih berfungsi sebagai “ Hedging tools “ yang amat baik teruatama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi & politik ketika ini.

 

Hedging tools bermaksud kalis inflasi jika menggunakan emas sebagai barangan perdagangan.

Contoh : Jika dulu boleh beli sepinggan nasi lemak dengan 1 dinar emas, sekarang pun nilai masih sama, 1 dinar emas.

 

Ini berbeza jika dibandingkn dengan duit fiat. 20 tahun lepas nasi lemak berharga 50 sen tetapi sekarang sudah RM2.00.

 

Jadi, kena ada juga untuk “ diversify “ dan mungkin boleh tambahkan sedikit buat masa ini. Cuma kena tahu untuk buat portfolio rebalancing semula.

Sebab itu pentingnya buat alokasi aset dan perancangan pelaburan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *