Bagaimana Untuk Memilih Pelan Perlindungan Perubatan Yang Terbaik?

Seperti yang dijanjikan dari beberapa hari lepas,

Berikut saya kongsikan panduan & tips untuk anda “ Shopping “ Takaful / Insurans anda.

1.HARGA

  • Tiada masalah aliran tunai & pendapatan lebih RM10,000 : Ambil pelan yang paling banyak manfaat
  • Ada masalah aliran tunai : Ambil pelan “Stand Alone “ dengan manfaat paling banyak

       *Panduan : Jangan lebih 5% dari jumlah pendapatan 

        ( Untuk pelan perubatan sahaja tidak termasuk pelan insurans hayat )

2. LIMIT TAHUNAN

*Perkara yang AMAT PENTING & perlu ditekankan

Jika boleh, ambil pelan yang melebihi RM 1,000,000 limit tahunannya.

Alasan : Relevan untuk jangkamasa panjang mengambil kira inflasi 15% kos rawatan perubatan.

Jika tidak mampu, ambil yang minima RM 150,000 dan ada limit tambahan untuk cancer, buah pinggang dan sakit jantung.

3. UMUR

Purata jangka hayat Malaysia antara umur 70-75 tahun. Pastikan pelan perubatan anda mampu bertahan sehingga akhir hayat anda. 80 tahun amat memadai. Ada juga pelan yang menawarkan sehingga 100 tahun tetapi pada kadar caruman lebih tinggi

4. JENIS PELAN

  1. Stand Alone : Murah, tiada nilai tunai, mudah “ lapsed “

    “ Senang dahulu, susah kemudian “ kerana sumbangan bertambah mengikut umur

  2. Investment- Linked : Mahal tetapi nilai tunai tinggi, tak mudah lapsed
    Risiko keuntungan berdasarkan prestasi dana & jenis pelaburan yang dipilih

  3. Traditional : Harga Sederhana, akan ada nilai tunai tetapi tidak setinggi ILP

SERVIS PERKHIDMATAN

Ini merupakan salah satu faktor yang perlu dititikberatkan untuk melancarkan proses tuntutan dan perlindungan. Bolehlah mula bertanya kepada staff bahagian “ insurans & claim “ di hospital syarikat mana yang mempunyai proses yang cepat & kurang masalah ya.

JANGAN

  • Buat pelan simpanan atau pelaburan dengan takaful jika jumlah perlindungan belum maksimum.
  • Ambil pelan yang melebihi kemampuan kerana ia nya merupakan komitmen seumur hidup.
  • Membuat caruman takaful melebihi 10% jumlah pendapatan anda.
  • Ambil pelan yang anda tidak faham tanpa membaca “ Product Disclosure Sheet “

 

PANDUAN TAMBAHAN

Syarikat anda sudah menyediakan perlindungan perubatan ?

Panduan :

  1. Semak berapa jumlah had tahunan & jenis perlindungan yang diberikan ( minta dari HR )
    ( secara purata, biasanya had tahunan hanya RM20,000 – RM50,000 sahaja )

    Tips : Cari pelan yang boleh memberi manfaat tambahan sebagai “supplementary plan “
    ( Tambahan dalam RM50-RM100 sahaja ) jika anda yakin tidak akan dibuang kerja.

 

Bekerja kerajaan ?

Anda boleh apply Cuepacs Care. 

Pelan paling murah dalam Malaysia cuma limit tahunan tidak seberapa. Bolehla dari tidak ada.

Rasa perkhidmatan kerajaan lebih bagus dari swasta dan percuma ?

Ya, anda betul. Jika anda tidak kisah dengan tempoh menunggu yang lama, boleh berkongsi wad dan  dirawat oleh petugas pelatih, tidak perlu mengambil pelan perubatan swasta.

 Anda juga kena tahu bahawa BUKAN SEMUA adalah percuma. Dalam keadaan tertentu, anda masih perlu membayar seperti alat gantian ( Pacemaker, Alatan gantian dalam pembedahan tulang, dll ) walaupun anda merupakan penjawat awam.

Saya harap dengan panduan tidak berat berat yang saya berikan, mampu menjimatkan poket anda dan anda mampu memilih sendiri pelan yang terbaik untuk diri & keluarga anda.

 

NOTA KHAS

Pelan A merupakan pelan yang terbaik untuk Dr. Helmi yang bergaji RM10,000 sebulan

Pelan B pula sesuai untuk Pn. Kamariah yang bergaji RM15,000 kerana ada komplikasi kehamilan 

Pelan C merupakan pelan yang sesuai untuk anak Encik Chan yang inginkan pulangan nilai tunai yang tinggi.

Pelan G lebih sesuai untuk poket Raju yang bergaji RM2,000 sebulan.

 

Bagaimana hendak membandingkan pelan apa yang terbaik untuk diri anda ?

Pilihan 1 :

Jumpa dengan agen syarikat tersebut, dapatkan quotation & bandingkan sendiri. Percuma!

Pilihan 2 :

Buka website yang boleh membandingkan produk secara online & buat perbandingan sendiri. Percuma!

Pilihan 3 :

Jumpa penasihat kewangan berlesen, mereka boleh membuat perbandingan pelbagai syarikat dan membantu anda memilih pelan yang terbaik dengan nasihat yang tepat dengan kadar yuran yang minima!

 

P/S : Demi menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu, saya minta maaf tidak dapat beritahu nama syarikat tersebut dalam posting ini. Perbandingan di atas adalah perbandingan sebenar

 

Inaz Hashim
Financial Adviser ( FAR )

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *