Apa Nak Buat Dengan Duit Raya Anak-anak?

Walaupun kita masih lagi beraya dalam PKP tahun ini,

Golongan kanak-kanaklah yang paling gembira di hari raya.

 

Tahun ini, anak saya yang berusia 9 tahun murah rezeqinya.

Excited dia dapat duit raya RM708 pada hari raya pertama sahaja.

 

Kali pertama juga, saya benarkan iman pegang duit sendiri.

Berusia 9 tahun, saya yakin iman dah mampu berfikir & susah tiba masanya saya mendidik jiwa mengurus kewangan anak-anak saya.

Sejak awal, iman menyimpan hasrat hendak membeli gitar. Nak belajar online katanya.

Naluri ibu saya dapat merasakan, inilah masa yang tepat.

Ini cara saya didik anak saya mengurus kewangan pada tahun pertama.

 

Tajuk  :  BELAJAR BUAT BUDGET  

Konsep : Keseimbangan antara Pendapatan, Perbelanjaan, Simpanan & Pelaburan

  1. Jumlah RM708 tersebut ialah PENDAPATAN Pertama Iman ( First Income )

 

  1. Sebahagian duit tersebut ( 30% ) boleh digunakan untuk PERBELANJAAN

Boleh beli apa yang dia mahu secara online ( PKP  kan ) , asalkan masih dalam Budget tersebut

  • ini adalah “Reward” Iman kerana kali pertama berpuasa penuh pada tahun ini

Nota : Untuk kanak-kanak, kita perlu bermula dengan Motivasi “ Visualise Self Reward “ supaya mereka “dapat sesuatu “ dan ada semangat untuk step seterusnya. Tidak boleh nak didik terus simpan semuanya. Kita kena “Beri” dulu.

 

  1. Sebahagian lagi ( 20% ) untuk SIMPANAN 
  • Iman Tanya “kat mana nak simpan umi ? “ Tabung Iman dah penuh.
  • Saya terangkan tentang konsep simpanan secara ringkas, dan perkenalkan instrument Akaun Simpanan Maybank, ASB, Tabung Haji, SSPN
  • Saya tunjuk jumlah duit simpanan iman sejak kecil di dalam semua instrument tersebut. Gembira dia tengok jumlah duit yang melebihi 5 angka. 

 

  1. Selebihnya ( 50% ) perlu DILABURKAN
  • Saya hanya terangkan tentang konsep konsep Compounding Interest.
  • Bagaimana duit iman bernilai RM354 boleh jadi double di masa akan datang
  • Iman excited. Saya lukis gambar PSP dan nyatakan nilai itu mampu nak beli PSP di masa akan datang. hihihi

Masih ramai lagi ibu bapa yang blur tak tahu nak buat apa dengan duit raya anak-anak.

Kebanyakan ibu bapa akan membenarkan anak-anak menggunakan duit tersebut untuk membeli barang mainan kesukaan mereka menggunakan duit raya tersebut.

Benar, tak salah buat begitu. Tetapi, adalah lebih baik kita membantu anak-anak menyimpan & melabur untuk masa depan mereka.

 

Sempena hari raya kedua, tetapi kita semua tak dapat nak pergi beraya, 

Saya belanja 10 panduan duit raya anak nak letak kat mana :

 

  1. BELI MAINAN UNTUK ANAK-ANAK

 

Sebenarnya, cara ini langsung tidak pernah saya amalkan kerana setiap bulan saya kan menyediakan bajet untuk membeli mainan anak-anak. Tetapi, jika mahu membenarkan juga, jangan biarkan mereka menggunakan 100% duit tersebut. 

 

Demi masa depan generasi kita, kita perlu didik & tanam tabiat menyimpan seawal mungkin dalam minda anak-anak kita.

Benarkan mereka guna maksima 50% dari duit raya tersebut, lebih sikit lebih bagus.

Nego dengan mereka ya. Jangan guna kuasa veto pula.

 

  1. Akaun Simpanan-i

 

Bila anak lahir, kita sepatutnya dah mula buka akaun simpanan untuk anak-anak. 

Duit sedeqah yang diberikan oleh sanak-saudara boleh mula disalurkan disini.

 

Tetapi, anda perlu tahu, akaun simpanan hanya memberikan purata  1-2% setahun.

Tak cukup pun nak mengatasi Inflasi 3-4% setahun. Jadi, apa maknanya?

Anda rugi menyimpan untuk jangkamasa yang lama.

Cuma, SIMPANAN ini selamat kerana ada perlindungan PIDM, mudah & cepat dikeluarkan.

 

SIMPANAN = Selamat, Mudah & Cepat Cair

 

Kepada yang muslim, pastikan akaun simpanan itu Islamic akaun ya supaya bebas Riba.

 

  1. Akaun Simpanan Tetap-I ( Fixed Deposit )

Dalam akaun ini, anda akan menyimpan duit dalam tempoh yang ditetapkan ( 3bulan @ 6bulan@ 12bulan@ 18bulan ) Lebih lama anda simpan, lebih tinggi kadar keuntungan yang anak dapat.

Antara 3-4% setahun ( dahulu ). Sekarang hanya ( 1.5-2% sahaja ) 

Penalti akan dikenakan jika dikeluarkan awal dari tempoh perjanjian.

kadar ini semakin berkurangan sejak tahun lepas, kerana ianya berkadar langsung dengan OPR. Jadi, bukanlah alternatif yang baik buat masa ini untuk pilihan pelaburan tetapi ianya inshaAllah selamat.

Jika ada promosi, anda sebenarnya boleh dapat lebih dari tu. Tapi, kena selalu alert dengan promosi dari bank-bank tertentu. Boleh refer link di bawah untuk maklumat lanjut.

Website : https://www.imoney.my/ms/simpanan-tetap

 

  1. Tabung Haji

Wajib buka untuk anak-anak untuk book “date” haji mereka. Buka seawal mungkin kerana Que dah semakin panjang. 

Minimum simpanan untuk book date haji ialah RM1300. Wajib cukupkan yang ini dahulu.

Purata keuntungan 3.1% tahun 2020. Leboh kurang dengan kadar inflasi.

Tetapi, instrument ini selamat & sudah dizakat.

Merupakan instrument simpanan yang sangat baik kerana kadar pulangan lebih tinggi berbanding akaun simpanan yang lain.

Website : https://www.tabunghaji.gov.my/

 

  1. Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN-I Plus ) 

 

Pilih SSPN-i Plus, lebih bagus dari SSPN-i biasa. Kenapa?

 

  • Dijamin kerajaan ( selamat )
  • Ada manfaat takaful
  • Perlepasan cukai sehingga RM8,000 setahun
  • Pulangan purata 4% setahun

Jadi, jika anda boleh mencapat matlamat kewangan dengan menyimpan di sini, boleh simpan. Tiada masalah. Mak ayah yang membayar cukai, wajib juga simpan duit anak anda di sini ya.

Website : https://tabungpendidikan.my/

  1. Amanah Saham Bumiputera ( ASB )

 

Akaun yang semua orang wajib buka jika berstatus bumiputera.

ASB merupakan UNIT TRUST pada KADAR TETAP ( beli RM1, jual semula RM1 juga )

Faedah : Kadar keuntungan 3.5% tahun lepas. Maksima 4.25-5% jika termasuk bonus & ehsan.

 

Tetapi, modal anda selamat kerana dijamin kerajaan.

Malah, sudah ada online akses & instrument perwarisan melalui Hibah!

 

Website : https://www.myasnb.com.my/

 

  1. Unit Trust ( UT )

 

Ini merupakan pilihan instrument pelaburan. BUKAN SIMPANAN. 

 

Ada keuntungan dari CAPITAL GAIN ( kenaikan harga unit trust kerana ianya bukan berkadar tetap ) dan juga DIVIDEN ( seperti ASB ). Ada 2 sumber keuntungan.

Memang terbaik ! Modal pula rendah boleh bermula RM1,0000 sahaja.

 

UT juga menawarkan kadar pulangan tahunan yang lebih tinggi dari instrument no. 2-5 Cuma anda kena faham ianya dalam tempoh jangkamasa yang lama ( lebih 10 tahun ) 

 

Jadi, jika anda ingin melabur untuk jangka masa pendek, ini bukan tempatnya !

Pemilihan dana juga mestilah betul. Bukan main masuk sahaj ikut cakap ejen. Bukan ikut company yang popular ! 

 

Perlu buat portfolio juga kerana unit trust pun banyak jenis dengan profile risiko & tempat pelaburan berbeza. Kena ada active management untuk mengoptimumkan pulangan.

 

TRICKS : Ada caj jualan : 1-5% one-off. Jadi anda rugi dahulu sebelum untung!

 

TIPS : Boleh buka WRAP ACCOUNT & PRIVATE MANDATE UNIT TRUST jika anda ingin mengoptimumkan pulangan dengan bantuan LICENSED & PROFESSIONAL FUND MANAGER

 

  1. Saham

Zaman krisis ini, memang banyak peluang yang menanti. Saya sarankan untuk pelaburan, pilih saham yang berprestasi tinggi dan memberi pulangan dividen setiap tahun tetapi dijual pada harga rendah. Jadi, anda kena tahulah tentang Fundamental analysis. Sekarang ni banyak saham yang tengah “SALE”. Jangan lepaskan peluang ini.

“ Be Greedy when others are fearful, Be Fearful when others are Greedy “

Pulangan pelaburan saham, sudahlah tentu lebih tinggi dari Unit trust. Terutama apabila anda melabur dalam masa & syairkat yang betul. Sudah tentu boleh lebih 10% setahun.

Tetapi, kena faham general rules ini “ High risk, High return “

Jadi, untuk jangkamasa panjang, juga merupakan instrument pelaburan yang baik & cepat cair.

 

  1. EMAS ( Gold Bar )

Adakah membeli 1gram emas setiap bulan untuk setiap anak setiap bagus? 

Saya ada tulis posting tentang emas dalam majalah labur bulan lepas . 

Anda boleh refer kepada link di bawah untuk penerangan lanjut.

https://www.majalahlabur.com/pelaburan/berbaloikah-menyimpan-atau-melabur-emas/

 

  1. HARTANAH ( Beli Rumah )

Tak kurang juga yang memilih hartanah untuk masa depan anak-anak. Tak salah, bagus juga kerana akan ada CAPITAL GAIN & possible positive cashflow.

Cuma anda kena faham, anda akan ada KOMITMEN setiap bulan dalam tempoh jangka masa yang lama dan ianya TIDAK CAIR.

Hanya pilih cara ini jika anda mempunyai modal yang cukup, cashflow yang baik, ada “ holding power “, mampu sewakan hartanah tersebut dengan positif cashflow. 

Jual sekiranya matlamat kewangan anda telah tercapai @ sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum anak anda hendak sambung belajar kerana dikhuatiri lambat untuk dicairkan.

Yang penting, mak ayah jangan pula gunakan duit anak-anak untuk kegunaan peribadi ya.

 

 

Itu hak anak-anak kita. Kita hanya sebagai pemegang amanah mereka.

 

NOTA

Anda boleh pilih mana-mana sahaja instrumen yang sesuai dengan matlamat kewangan anda.

“ High risk, high return, low risk, low return )

( Banyak dah info tanpa bias yang saya dah belanja )

Jika anda perlu khidmat nasihat independent & profesional advisor untuk membina portfolio pelaburan tanpa bias, saya ada menawarkan servis ini pada kadar caj yang berpatutan

 

Inaz Hashim

MBBCH BAO,  FAR, FPR,  CMSRL, ShRFP, aFP

Security comission & BNM licensed Financial Planner

An ordinary member of Malaysia Financial Planning Council

www.inazhashim.com

 

November 2020

 

#inazhashim
#financialphysician
#financialplanningspecialist
#independentlicensedadvisor
#licensedfinancialplannerbysecuritycomission
#capitalmarketservicelicensedfinancialplanner
#banknegaralicensedfinancialadviser
#investmentplanning
#educationplanning
#financialplanning

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *