7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga

“ 9 NAFSU, 1 AKAL “ Ini merupakan sesuatu yang sinonim untuk wanita.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya 9 nafsu ini sekiranya mampu dikawal ia kan lebih lebih dari 1 akal tersebut?

Contoh : 9 handbag yang diberi oleh wanita adalah lebih murah jumlah keseluruhannya berbanding 1 gadget yang dibeli oleh lelaki. 

Contoh : Dalam masa setahun, perempuan akan membeli sembilan jenis handbag manakala lelaki akan beli satu jenis gadget. Tetapi setiap nilai handbag tersebut jauh lebih murah.

PEREMPUAN : 9 jenis handbag  x RM 100 = RM 900 

LELAKI            : 1 jenis handphone               = RM 1200

Bayangkan jika perempuan mampu mengawal nafsu mereka dengan mengurangkan jumlah handbag tersebut dari 9 ke 5 handbag sahaja. Perbelanjaan mereka adalah  50%  lebih rendah dari lelaki.

 

Sejarah Malaysia telah menyaksikan Gabenor Bank Negara Malaysia merupakan seorang wanita hebat seperti Tan Sri Zety.

Mengapa saya mengatakan wanita lebih hebat jika diberi jawatan sebagai menteri kewangan keluarga?

  1. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
    Jika diberi sesuatu tugas, perempuan akan melaksanakan tugas itu dengan baik sekali dan akan memastikan ianya berjalan dengan baik dengan apa cara sekali pun.

    Secara purata, perempuan memeriksa baki akaun lebih kerap berbanding lelaki.

  2. LEBIH BIJAK MENGURUS RISIKO
    Kajian membuktikan lelaki lebih berani mengambil risiko yang tinggi dan ini bukanlah tindakan yang bijak dalam tindakan mengurus kewangan manalaka wanita lebih teliti dalam menilai risiko dan boleh memberi impak yang positif dalam kestabilan kewangan keluarga.
  3. LEBIH BERDISIPLIN
    Perempuan lebih berdisiplin dalam membelanjakan duit mereka setelah membuat bajet. Ini merupakan salah satu cara untuk perempuan mengawal nafsu dan kemahuan mereka. Ini boleh mengelakkan “ Overspending” dan kawalan aliran tunai keluarga yang baik.
  4. LEBIH JUJUR
    Lebih 1/3 lelaki menyembunyikan pembelian yang tidak sepatutnya kepada pasangan mereka. Perempuan dilihat lebih telus dalam membelanjakan duit dan ini merupakan keperluan dalam mengurus ekonomi keluarga.
  5. LEBIH TELITI
    Bandingkan masa perempuan membeli belah berbanding lelaki. Perempuan selalunya akan mengambil masa lebih lama kerana mereka akan meneliti sesuatu barangan terlebih dahulu sebelum membeli. Semestinya mereka akan memilih barangan yang berbaloi dengan harga dan akan memastikan ia adalah yang terbaik!
  6. LEBIH FOKUS
    Selalunya perempuan tidak akan menangguhkan kerja dan akan menyelesaikan secepat mungkin kerana mereka lebih fokus. Isteri dilihat mampu memberi sokongan yang lebih kepada suami dalam mencapai matlamat kewangan bersama.

 

PERKONGSIAN PENGALAMAN ( Real Case Scenario )

SITUASI 1 : Suami Well Intervention Consultant Engineer bergaji RM180,000 sebulan. Bekerja 2-3 minggu off shore, 1 minggu rehat. Isteri suri rumah dan diberi tanggungjawab mengurus segala hal kewangan keluarga.

SITUASI 2 : Suami pakar bedah di hospital swasta berpendapatan RM200,000-300,000 sebulan. Isteri diberi kepercayaan mengurus kewangan keluarga kerana suami sibuk mencari rezeqi dan tiada masa mengurus kewangan.

SITUASI 3 : Dalam sesi konsultasi kewangan keluarga pun, isteri lebih responsive berbanding suami. Lelaki lebih mempercayai isteri dalam bab mengurus kewangan kerana mereka akui isteri hebat mengurus, suami lebih hebat mencari rezeqi.

SITUASI 4 : Klien lelaki akan mengambil masa 2x ganda  untuk memberi data kewangan mereka. 

70% client saya adalah perempuan. 60% mengurus kewangan keluarga, 40% mengurus kewangan sendiri kerana suami tidak bersedia berbincang bersama.

So, GOOD NEWS GUYS. YOU HAVE TO TRUST YOUR WIFE to take over your family financial planning matters. Lantiklah isteri sebagai Menteri Kewangan demi masa depan ekonomi keluarga yang lebih baik. 

REALITI.

 

Sumber kajian : https://www.dailymail.co.uk/news/article-7060791/Women-better-men-money-management-survey-finds.html

 

Inaz Hashim
MB BCH BAO,  FAR, FPR,  CMSRL, ShRFP
Security comission & BNM licensed Financial Planner
An ordinary member of Malaysia Financial Planning Council
www.inazhashim.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *